Jalan takdir itu memberi aku satu pengertian tentang kehidupan yang aku ertikan dalam blog ini.. Kehidupan dan Al-Quran. Mengertilah aku ianya bukan suatu yang mudah.. bukan suatu yang payah juga dengan segala kebergantungan terhadapnya cuma dalam hidup yang di antara garisannya… antara salah dan benar itu…. sentiasa ada kelabu. dan yang kelabu itu selalunya indah dimata, indah dirasa tapi bukan pada hakikatnya.
Jalan takwa itu bak kata Khalifah Umar ibaratnya meniti jalan penuh duri. nak melangkah bukan redah sesuka hati.. bukan juga main rembat sesedap rasa.. hahaha.. apa-apa pun,, dalam hidup antara garisan itu aku menemui cinta… Cinta Dia.
Antara keangkuhan ilmu dan keangkuhan harta.. antara darjat dan kemuliaan.. hakikat insaniah. manusia aka aku hanyalah interpretasi sifat manusia itu yang sangat tergesa-gesa,, menginginkan keburukan lebih dahulu sama dengan menginginkan kebaikan ketika berdoa. Antara garisan itu,, mengertilah aku juga mengapa baiknya ditinggalkan sahaja yang kelabu itu bila yang hitam dan putih itu adalah nyata.
Hidup di antara garisan.. antara garisan putus-putus di jalan raya,,, memilih antara barisan kanan atau kiri sedang tujuannya tetap sama menuju ke haapan.
Yang namanya manusia itu juga suka meneka-neka tanpa bertanya. suka mengagak-agak tanpa usul. yang namanya orang itu,, tak lain adalah aku juga…
.
—————————————————————————————————————————————————-
Malam takkan bertemu siang dan siang takkan pernah bertemu malam


